Pages

21 April 2011

Bandar satelit islam

Pasir Tumboh kini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di negeri Kelantan menerusi Pondok Terusannya, selepas ini akan bertukar menjadi sebuah bandar yang akan dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengenepikan sistem pendidikan pondoknya. Majlis Pelancaran Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tapak Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh pada 19 Jun tahun lalu.

Turut dibangunkan di kawasan ini adalah rumah-rumah kedai, pejabat, rumah kediaman sebanyak 45 unit dan 2 blok apartment yang mengandungi kira-kira 300 unit kediaman. Reka bentuk Bandar Satelit Islam ini telah diilhamkan daripada intergrasi dan hubungan 5 komponen Bandar dengan pencipta manusia iaitu Allah yang berpaksikan ketakwaan dan kebersihan. Lima komponen tersebut akan merangkumi aspek perniagaan, perkhidmatan, kediaman, riadah, masjid, pondok moden dan hotel bajet.


1 comment:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan2 yang baik ini...

    ReplyDelete

Kepada sape yg belum Follow blog ni,Sudi-sudikan la..

Apesal.com

Pakat Follow blog ni..

My widget


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Search Blog